Tindakan seseorang itu menghibahkan harta miliknya kepada penerima boleh dibuat dalam beberapa bentuk, antaranya hibah secara lisan. Hibah lisan ni biasanya kita dengar dari kes-kes datuk nenek moyang kita dahulu kala bilamana hibah belum lagi ‘popular’ dalam kalangan masyarakat.

Namun dalam zaman serba moden ini yang mana kita mementingkan adanya dokumen hitam putih, masih ada lagi yang menggunakan kaedah lisan ini. Mungkin kerana tidak faham tentang teknikaliti hibah itu sendiri, keperluan pembuktian hibah, atau mungkin juga maklumat mengenai kaedah pewarisan yang tepat tidak sampai kepadanya pada waktu itu.  

Masalah berbangkit timbul apabila pemberi itu meninggal dunia, penerima yang mengharapkan harta hibah akan terkapai-kapai mencari kaedah bagaimana harta yang dihibah itu dapat diturunmilik kepada namanya.   

Persoalannya, adakah hibah lisan ini diterima sebagai bahan bukti di Mahkamah?

 

Adakah Bukti Hibah Lisan itu Jelas, Tanpa Keraguan?

Apabila sesuatu itu dijadikan bahan bukti di Mahkamah, bukti yang diketengahkan mestilah jelas dan tiada keraguan.

Ini kes masuk bicara Mahkamah ya, bukannya bincang kedai kopi yang boleh kita dakwa dakwi sesuka hati tanpa menunjukkan bukti 😀

Hakim adalah pihak berkecuali yang berkuasa memutuskan siapa yang berhak mewarisi harta berkenaan berdasarkan hujahan dan bukti – samada ianya diputuskan sebagai pusaka dan menjadi hak waris-waris Faraid; ataupun hibah disahkan sempurna dan menjadi milik penerima hibah. 

Nak mendakwa sesuatu di Mahkamah perlu berteraskan bukti yang kuat, dan bukannya sekadar memainkan sentimen dan emosi untuk cuba meyakinkan.

Dalam pada itu, apakah bukti yang boleh dibawa untuk kes hibah secara lisan bagi meyakinkan Hakim?

Kalau nak mendakwa pemberi tersebut berkata sekian sekian sebagai tanda telah menghibahkan hartanya, adakah wujud saksi yang dapat mengesahkan?

Adakah saksi itu boleh dipercayai, dan kuat ingatannya?

Sejauh mana kenyataan lafaz pemberi itu selari dengan rukun dan syarat hibah? 

Pendek kata, apabila sesuatu dakwaan itu berteraskan memori, maka banyaklah kelompongan yang boleh ditimbulkan. Akhirnya apabila gagal dibuktikan hibah telah berlaku dengan sempurna, maka penerima pun terpaksa berputih mata.

 

Kesilapan Jangan Diulang

Seringkali apabila ada yang mengajukan tentang hibah lisan yang dibuat oleh waris kerabat yang telah meninggal dunia, saya terpaksa memberikan jawapan hampa. 

Dipersilakan untuk mengambil peguam dan cuba untuk mendakwa hibah secara lisan itu telah sempurna berlaku. Namun soalan pertama yang patut difikirkan ialah apakah bukti yang boleh diajukan?

“Itulah.. kalau saya tahu masa tu, saya bawa dia untuk buat dokumen hibah secara proper”. 

.

“Mereka buat hibah lisan sewaktu saya kecil…”

Kesilapan mereka yang terdahulu jangan anda ulang kembali. 

Anda dah merasa peritnya terpaksa melepaskan harta hibah, maka buatlah dokumen hibah secara hitam putih. Tetapi jangan pula buat ala kadar sekadar ada… Buatlah dengan syarikat yang berkepakaran dan berpengalaman khusus dalam hibah.

Ini dah masuk topik yang lain, iaitu dokumen deklarasi hibah.  

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This