Seorang pewakaf dermawan, Almarhum Ir. Haji Mohd. Mazlan bin Haji. Md. Ismail Merican baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada 17 Oktober 2020 yang lalu. Beliau membawa bersama amal jariah berpanjangan yang mana pahalanya terus mengalir kepadanya setelah pemergiannya, iaitu hartanah yang telah diwakafkan kepada MAIWP. 

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ : إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”

Bukan sebarangan hartanah yang diwakafkan; keluasan tanah mencecah 1.72 ekar dengan dilengkapi sebuah banglo enam bilik dan yang paling mengagumkan adalah tanah itu beralamatkan Kampung Sungai Penchala Kuala Lumpur! Selain itu, beliau turut mewakafkan sebuah lagi rumah di tanah tersebut yang kini didudukinya bersama isteri, berserta tanah kebun buah-buahan.

Dalam video di bawah, ada dikisahkan bagaimana tercetusnya ilham untuk mewakafkan banglo di alamat mewah ini. Menarik untuk ditonton dan diambil pengajaran buat kita yang masih hidup dan berharta, walaupun sedikit.

Bukan mudah ya, tuan dan puan untuk kita serahkan harta yang telah dikumpul penat lelah untuk diwakafkan kepada umat Islam. Saya telah bertemu ramai orang yang berhasrat untuk membuat Hibah. Sebahagian besarnya terasa berat untuk membayar kos Hibah untuk menyerahkan harta kepada anak dan isteri. Itu kes penerimanya adalah keluarga sendiri. Untuk wakaf ini, penerimanya adalah orang luar.

Lebih hebat cabarannya!

Almarhum Ir. Haji Mohd. Mazlan adalah pewakaf hartanah kedua terbesar diterima oleh MAIWP selepas hartanah yang diwakafkan oleh Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy, yang telah meninggal dunia lebih 30 tahun yang lampau, iaitu pada tahun 1987. Ada kisah menarik tentang perjalanan hidup Ahmad Dawjee, mungkin boleh saya kongsikan pada kesempatan akan datang.  

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This