Hibah adalah satu bentuk usaha merancang pewarisan harta yang dimiliki bagi menetapkan siapa yang mewarisi harta-harta tersebut. Bagi pemilik harta yang tidak ada membuat sebarang perancangan seperti hibah, wasiat, wakaf dan sebagainya, maka harta yang ditinggalkan akan dibahagi mengikut hukum Faraid.

Merancang pewarisan harta adalah satu pilihan yang hanya wujud selagi pemilik harta masih hidup.

Mereka yang perlu membuat hibah adalah individu yang memiliki harta yang bernilai di sisi syara’ dan juga mempunyai hasrat untuk membahagikan harta yang dikumpulnya itu kepada penerima yang spesifik atau untuk mencapai tujuan tertentu.

 

Persoalan Faraid Dalam Merancang Hibah

Apabila hibah digunakan dalam instrumen pewarisan harta orang Islam, maka ia pastinya akan terkait dengan persoalan Faraid.

Malah langkah pertama dalam meneliti keperluan seseorang untuk membuat hibah adalah dengan menganalisa struktur Faraid pemilik harta tersebut – siapa pewaris-pewaris yang berhak, dan berapa banyak bahagian yang diwarisi kelak.

Saya ingin menyentuh sedikit tentang salah faham yang mungkin berlaku dalam masyarakat. Ada yang menyangka dengan membuat hibah akan mengambil hak-hak waris Faraid.

Saranan saya, mohon fahamkan betul-betul garis pemisah antara harta dengan pusaka.

Hak-hak Faraid hanya wujud setelah mana pemilik harta telah meninggal dunia. Iaitu setelah harta tersebut menjadi harta pusaka arwah.

Semasa pemilik harta masih hidup, harta itu miliknya dan beliau bebas untuk menghadiahkannya kepada sesiapa pun yang dikehendaki. Termasuklah dengan menggunakan instrumen hibah sebagai bukti penyerahan harta yang dimiliki kepada penerima yang dinamakan.

 

Golongan Yang Perlu Buat Hibah

Membuat hibah adalah satu pilihan kepada mereka yang memiliki harta. Bahkan ia adalah satu sunnah yang terpuji bagi mengeratkan kasih sayang sesama pemberi dan penerima.

Semua orang terbuka untuk menghibahkan harta sekiranya berhasrat, namun terdapat golongan yang lebih perlu kepada membuat hibah bagi men’jamin’ kebajikan waris-waris terdekat.

Pertimbangan dari sudut keperluan ini adalah berdasarkan analisa struktur Faraid pemilik harta berkenaan.

 

hibah rumah

 

Antara contoh golongan yang perlu membuat hibah:

1) Pasangan suami isteri yang mempunyai anak angkat

2) Pasangan suami isteri yang belum atau tiada anak

3) Pasangan suami isteri yang ada anak perempuan sahaja

4) Pasangan suami isteri yang ingin memberi sama rata harta kepada anak perempuan dan anak lelaki

5) Pasangan suami isteri yang ada anak kelainan upaya (OKU)

6) Suami yang berpoligami

7) Duda yang ingin berkahwin dengan pasangan yang lebih muda

8) Pasangan yang mempunyai anak tiri

9) Individu yang tidak berkahwin

10) Ahli perniagaan

11) Pasangan yang ingin mengagihkan harta mengikut kaedah pembahagian sendiri

 

Merancang itu Satu Pilihan

Pilihan samada hendak membuat hibah atau tidak hanya terbuka semasa hidup sahaja. Ia adalah satu pilihan yang dibuat antaranya bagi memastikan kebajikan waris terdekat terpelihara sekiranya kita pergi dahulu.

Garis masa terakhir untuk membuat perancangan adalah mati.

Waktu bila akan mati itu pula satu misteri yang tiada sesiapa pun tahu.

Jika tidak merancang, maka pembahagian harta peninggalan akan menuruti hukum Faraid yang telah ditetapkan. Apa pun hak Faraid yang diperoleh, para waris mesti redha.

Bagi harta yang telah dihibah, ia akan diasingkan dari pembahagian Faraid.

 

Untuk merancang dengan Hibah, sila Whatsapp saya Ansari 019-749 8210

 

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This