Terbaru, Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB) telah memperkenalkan platform sistem dokumen hibah digital berasaskan apps bagi melaksanakan akad hibah signing. Sistem yang dibangunkan ini bersifat digital end-to-end, termasuklah penyimpanan dokumen hibah tanpa kertas bagi klien WSB yang akan disimpan selamat di cloud, atau server .

Inovasi hibah digital ini antara yang terawal diperkenalkan di Malaysia. Walaupun sudah lama kita menggunakan dokumen secara digital, namun ianya tidak sama bagi dokumentasi dan akad hibah yang berkait dengan undang-undang dan hukum syariah.

Seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya membuat hibah secara digital tanpa terlebih dahulu memastikan dokumen hibah tersebut akan diterima pakai di Mahkamah Syariah sebagai bukti. Tanpa ilmu dan kepakaran,  banyak loophole yang tidak difahami yang boleh menjadi punca tertolaknya hibah yang dibuat. 

 

Sejarah Pembangunan Apps Hibah Digital

Idea pembangunan sistem Hibah digital bermula sejak pandemik COVID-19.

Sebelum berlakunya COVID-19, pemberi dan penerima hibah perlu berkumpul secara fizikal di dalam satu majlis bagi menyempurnakan akad Hibah. Namun perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bermula pada Mac 2020 menghalang majlis akad hibah secara fizikal untuk dibuat.

Begitu juga terdapat faktor kekangan jarak, penjagaan kesihatan awam, mobiliti manusia dan trend digitalisasi global yang menjadi cabaran bagi melaksanakan hibah signing. 

 

Inovasi Akad Hibah Menerusi Zoom

Bagi mengatasi kekangan fizikal berkenaan, WSB telah membangunkan kaedah akad hibah melalui aplikasi Zoom pada April 2020. Kaedah secara atas talian ini membolehkan pemberi dan penerima berakad hibah dari mana-mana sahaja lokasi seluruh dunia.

Bagaimanapun, proses pelaksanaan kaedah Hibah menerusi aplikasi Zoom agak rumit dari segi prosedurnya, memerlukan konsistensi sambungan talian internet sepanjang akad dibuat, dan mengambil masa untuk diselesaikan.

Ia adalah solusi yang bagus kerana menyelesaikan isu jarak dan keperluan kesemua pihak yang terlibat untuk berkumpul dalam satu masa dan tempat.

Namun inovasi dan usaha pembaikan WSB tidak terhenti setakat itu sahaja. 

 

Pengenalan Apps Hibah Digital

Akad hibah menerusi apps digital mengekalkan kemudahan kesemua pemberi dan penerima berada di mana-mana lokasi asalkan terhubung menerusi capaian internet, sepertimana akad hibah Zoom. 

Dari segi prosedurnya, banyak pembaikan yang boleh dicapai. Proses akad hibah melalui platform apps ini hanya mengambil masa yang jauh lebih singkat.

Kaedah ini juga selamat kerana dilengkapkan dengan prosedur pengenalan diri e-KYC (know your costumer) bagi pengesahan identiti, yang menggunapakai kemajuan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence).

Wasiyyah Shoppe Berhad membelanjakan setinggi RM750,000 bagi membangunkan apps Hibah digital ini yang dinamakan sebagai UsraHDD.

Dari segi praktikal, UsraHDD telah melalui proses saringan ketat Panel Syariah WSB, mematuhi hukum syarak sepenuhnya serta dapat dikuatkuasakan menurut undang-undang Syariah di Malaysia.

 

 

Kesimpulan

Inovasi hibah akad secara apps ini adalah testimoni pembaikan berterusan yang diamalkan di Wasiyyah Shoppe.

Proses inovasi ini memakan belanja yang besar untuk dibangunkan dan diusahakan agar selaras dengan penerimaan undang-undang dan mahkamah. Tidak banyak syarikat pesaing yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan besar untuk tujuan sedemikian.

Oleh yang demikian, anda sebagai pengguna; bukankah lebih tenang berurusan dengan syarikat yang sentiasa memastikan solusinya up-to-date dengan perkembangan semasa?

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This