Apabila meninggalnya seorang anak Adam, segala aset yang dimilikinya tidak akan dibawa bersama ke kubur dan alam barzakh. Sebaik tiba saat kematiannya, aset tersebut terus berubah status menjadi harta pusaka dan wajib diuruskan mengikut kronologi dan turutan prioriti pusaka. 

Ramai menyangka harta pusaka yang ditinggalkan terus secara automatik menjadi milik waris Faraid arwah. Wang di akaun bank dikeluarkan segera di ATM sebelum terbeku dan terus dibahagi-bahagikan kepada anak beranak.

Itu sebenarnya tindakan yang tidak tepat. Sebelum ia boleh diagihkan kepada para waris, terdapat hak-hak arwah, hak Allah dan hak manusia ke atas pusaka tersebut yang perlu diutamakan terlebih dahulu .

Itulah yang menjadikan beratnya tanggungjawab dan tugas pentadbir harta pusaka yang perlu memastikan urusan tersebut dilaksanakan mengikut kaedah yang sepatutnya.

 

Pentadbir memerlukan ilmu dan panduan yang betul kerana ada hak-hak yang perlu ditunaikan mengikut kadarnya, mengelakkan termakan harta batil sekiranya salah ditadbir, dan tahu prosedur tuntutan agar tidak tertangguh pengagihan. Mungkin ada waris terdekat yang bergantung harap kepada sumber kewangan dari pusaka yang ditinggalkan.   

 

Punca Harta Beku Lebih RM70 Bilion

Antara isu yang menjadi punca bertambahnya aset beku di Malaysia, yang mana melebihi nilai RM70 bilion setakat ini adalah disebabkan gagalnya pentadbir harta menguruskan prosedur tuntutan pusaka arwah sehingga selesai.

 

50 tahun selesai pusaka

 

Mengapa perlu 50 tahun untuk diselesaikan?

Ada yang menyangka tugasan pentadbir ini mudah, maka tidaklah perlu mengupah pihak ketiga untuk menguruskannya. Namun apabila diuruskan sendiri barulah tahu perit jerih birokrasi serta prosedur yang perlu dilalui. 

 

Banyak yang tidak diketahui. Ke mana nak dituju. Dokumen yang perlu diisi dan dilampirkan bagi setiap jenis harta pusaka yang ditinggalkan. Prosedur yang perlu dilalui. Jika tersalah, perlu diulang kembali.

 

Tugas Pentadbir harta bukan sahaja perlu berurusan dengan pihak berwajib, malah juga perlu berkomunikasi dan mendapatkan kerjasama waris-waris. Jika ada waris yang enggan, proses akan tergantung.

Waris pun ada pelbagai perangai juga. Lebih-lebih apabila melibatkan harta.

Ada juga waris dominan yang memandai-mandai ingin membahagikan mengikut formulanya sendiri. Jika enggan dituruti kemahuannya, dia tidak akan memberi kerjasama. Memang boleh bercelaru.

 

Pihak ketiga dan profesional seperti Wasiyyah Shoppe dapat membantu meleraikan deadlock tersebut menerusi ilmu, pengalaman dan kepakaran bidang.

 

Urusan dan tugasan pengurusan pusaka ini memerlukan komitmen masa, tenaga dan wang. Sekiranya pentadbir tidak mempunyai kelapangan ketiga-tiga elemen ini, maka tugasan pun boleh bertangguh sehingga tidak selesai-selesai.

 

Siapa yang boleh dilantik Sebagai Pentadbir?

Pemilihan pentadbir boleh menjadi isu pertikaian antara waris terutamanya dalam keadaan pemilik tidak pernah membuat dokumen wasiat perlantikan pentadbir semasa hidupnya.

Para waris harus berbincang dan sebulat suara bersetuju siapa yang layak dan boleh menjalankan tanggungjawab dan tugas pentadbir harta.

Tugasan yang perlu dilaksanakan pula adalah satu bentuk amanah dan tanggungjawab yang berat bagi mereka yang menggalasnya dengan jujur dan ikhlas.

Pada masa yang sama, bagi mereka yang tidak amanah, ini adalah mengambil kesempatan untuknya membolot bagi kegunaannya sendiri. 

Atas sebab itu, adalah menjadi tanggungjawab pemilik harta untuk merancang semasa hidup bagi memastikan proses pencairan harta dapat dijalankan tanpa bertangguh mahupun diselewengkan. 

 

Pentadbir boleh dilantik dalam kalangan waris atau diwakili oleh syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe.

 

Sekiranya Wasiyyah Shoppe yang dilantik, tugasnya sebagai pentadbir harta iaitu menguruskan pencairan dan pentadbiran pusaka terjamin akan dilaksanakan dengan profesional dan amanah. Pihak ketiga seperti kami tidak berkepentingan dan terikat dengan akta amanah.

 

Tanggungjawab Dan Tugas pentadbir Harta

 

👉🏽 Menjelaskan belanja pengkebumian dan pengurusan jenazah.

 

👉🏽 Melunaskan hutang arwah dengan Allah yang melibatkan harta seperti zakat dan fidyah tertunggak, nazar yang belum dilaksanakan, kafarrah dan badal haji

 

👉🏽 Melunaskan hutang arwah dengan manusia atau organisasi seperti bank, syarikat, koperasi, LHDN, dan sebagainya.

 

👉🏽 Mengumpulkan semua dokumen pemilikan aset pusaka arwah agar tiada yang tertinggal dalam permohonan tuntutan 

 

👉🏽 Menguruskan pentadbiran prosedur pusaka di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil 

 

👉🏽 Kenalpasti penerima dan waris-waris serta hak masing-masing

 

👉🏽 Mengagihkan harta dengan amanah

 

tugas pentadbir harta

 

 

Percepatkan Penyelesaian Urusan Pentadbiran..

Pentadbiran pusaka memerlukan komitmen dari segi ilmu, masa dan wang. Pelbagai kekangan seperti sibuk dengan kerja seharian boleh menyebabkan urusan ini dilewat-lewatkan dan tertangguh.

Selain itu, pertikaian antara waris disebabkan oleh tidak faham proses dan jahil tentang Faraid juga boleh melambatkan dan mengganggu perlaksanaan pentadbiran. 

Sekiranya ada waris yang meninggal dunia sebelum proses selesai, maka tempat waris itu akan digantikan oleh waris-warisnya pula. Maka jadilah ia pusaka berlapis yang semakin rumit untuk dikendalikan.

Urusan pentadbiran yang tertangguh memberi kesan langsung terhadap waris terdekat seperti isteri dan anak-anak. Lebih lama pusaka itu terbeku, lebih lama mereka tidak beroleh sumber kewangan untuk meneruskan kehidupan.

Lebih perit lagi sekiranya isteri itu tidak bekerja.

 

Plan Pengurusan Pusaka al-Wasitah 

Wasiyyah Shoppe memberikan solusi plan pengurusan pusaka al-Wasitah untuk membantu pentadbir menguruskan prosedur tuntutan pusaka secara profesional. 

Al-Wasitah adalah satu produk inovasi yang berbeza dengan penawaran dari syarikat lain. Konsep caj secara front-loading diperkenalkan, yang mana bayaran plan ini serendah RM50/bulan – caj bulanan tidak lagi perlu dibayar apabila pemilik meninggal dunia atau maksimum tempoh bayaran selama 15 tahun sahaja, yang mana satu datang dahulu.

Oleh yang demikian, waris tidak terbeban dengan caj pengurusan kerana kos tersebut telahpun dibayar menerusi plan ini.  

Ini sangat berbeza dengan syarikat lain yang mengenakan caj secara back-loading. Majoriti kos pentadbiran pusaka perlu dibayar selepas pemilik meninggal dunia – dianggarkan caj sekitar 5 – 10% dari keseluruhan nilai harta yang diurus disamping caj-caj rampaian dan amanah yang lainnya.

Contoh mudah… bagi harta bernilai RM1 juta (rumah, wang simpanan dsb), caj pentadbiran secara back-loading yang perlu dibayar adalah RM50,000-RM100,000. Banyak, kan?

Disebabkan itu, plan al-Wasitah sangat menjimatkan wang anda.

Faedah daripada plan al-Wasitah ini terbahagi kepada dua iaitu:

 

👍🏽 Semasa hidup:

  • Penyediaan Dokumen Perlantikan Wasi/pentadbir
  • Penyediaan Wasiat 1/3 (jika ada hasrat pembahagian harta kepada bukan waris)
  • Konsultasi perancangan harta

 

👍🏽 Selepas kematian:

  • Khutbah pusaka kepada waris di tempat waris berkumpul (waris tidak perlu datang ke ofis WSB)
  • Pengurusan pusaka dan bantuan profesional sehingga mendapat surat kuasa mentadbir/probet/letter of administration/perintah pembahagian

 

plan pengurusan pusaka al wasitah

 

Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This