Waris Allahyarham Yazit, Shahmirnuri bersama-sama dengan Amy dan Nasir Daud mempertikai tindakan salah guna jenama ‘Search’ tanpa keizinan mereka dalam perniagaan. Dua anggota ‘Search’ yang lain, iaitu Noordin dan Kid dikatakan bekerjasama dengan individu bernama Mozylir Mokhtaruddin dan syarikat Home Of Champions (HOC) bagi menjual barangan termasuk baju dan kasut dengan menggunakan jenama Search.

Shahmirnuri, Amy dan Nasir menggesa Mozylir dan HOC agar menghentikan penjualan barangan tersebut, namun ditentang keras.

Untuk makluman, album studio terakhir Search diterbitkan pada 2017 membabitkan Amy, Nasir, Nordin dan Kid tanpa melibatkan Yazit yang tidak sihat. Yazit meninggal dunia pada akhir 2019. 

 

Siapa Pemilik Search?

Samada desakan Shahmirnuri, Amy dan Nasir berasas atau tidak mestilah dirujuk kepada pendaftaran hakmilik intelek dan undang-undang berkaitan. 

Semakan cap dagangan mendapati tiada rekod pendaftaran jenama Search di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Bermakna, tiada anggota Search yang berhak memiliki nama kumpulan band itu sepenuhnya.

Atas dasar itu, HOC mendakwa mereka bertiga tidak berhak menghalang HOC dari menggunakan jenama Search. Selagimana ia tidak didaftarkan, perbalahan ini boleh berlarutan kerana sesiapa pun bebas menggunakan nama tersebut.

Pendaftaran cap dagangan adalah penting kerana ia melindungi pemilik jenama terhadap salah guna pihak lain.

MyIPO mengeluarkan sijil pendaftaran sebagai bukti seseorang itu adalah pemilik jenama yang sah, yang menjadi asas penghujahan sekiranya ia di bawa ke Mahkamah.

 

Pendaftaran Hakmilik Intelek

Pendaftaran hakmilik boleh didaftarkan di bawah syarikat, individu atau beberapa orang pemilik bersama.

Sebagai contoh, XPDC didaftarkan bawah syarikat rakaman Life Records.

Bagi sesebuah kumpulan band, mungkin akan ada perubahan keluar masuk ahli kumpulan dari semasa ke semasa. Maka persetujuan perlu dicapai siapa yang akan memegang hakmilik jenama sebelum didaftarkan di MyIPO.  

 

Royalti – Harta Yang Diwarisi

Dalam kemelut ini, salah seorang yang menuntut hak merupakan ahli waris – bukan anggota kumpulan Search itu sendiri. Hak royalti daripada hasil seni yang diusahakan oleh arwah ayahnya dan masih lagi memberikan hasil diwarisi oleh para warisnya. 

Sudah tentu ia perlu dirujuk kembali kepada kontrak yang dimeterai dan pendaftaran harta. Bagi harta intelek seperti kes ini, ia tertakluk kepada pendaftaran di MyIPO apabila tuntutannya melibatkan penggunaan jenama Search oleh pihak lain.

 

“Jangan nanti apabila semua sudah tiada, waris-waris bertelagah, pihak luar pula ambil kesempatan. Sebab itu kami kena bertegas dengan hak kami dan perjelaskan semua dari sekarang,” kata Amy selaku vokalis Search.

 

 

 

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This