Banyak kisah suram tentang nasib waris yang tidak terbela selepas kehilangan yang tersayang. Pertelingkahan anak beranak yang berebutkan harta sehingga putus perhubungan. Harta beku yang kini mencecah RM70 bilion yang mana majoritinya adalah harta pusaka umat Islam berupa tanah dan rumah.

Yang positifnya, masyarakat kini sudah semakin celik. Ramai yang sudah semakin prihatin merancang harta semasa hidup untuk mengelakkan kebajikan waris diserahkan kepada nasib. 

Kesedaran untuk merancang itu satu langkah positif. Namun merancang perlukan tindakan. Dan tindakan mestilah berasaskan ilmu, bukan ikut-ikutan atau hanya mendengar kata orang. Berikut saya ringkaskan point penting yang perlu diketahui tentang hibah:

 

1. Nak wariskan harta kepada isteri dan anak-anak – Buat wasiat atau hibah?

Penggunaan instrumen yang tepat sangat penting kerana ia menentukan samada penerima akan dapat harta yang diwariskan atau berhadapan masalah mendapatkannya.

Jika penerima BUKAN WARIS seperti anak angkat, anak tiri, infaq dsb, anda boleh memilih wasiat (terhad 1/3) atau hibah (tiada had).

Tetapi jika penerima adalah WARIS, buat HIBAH dan JANGAN guna wasiat.

Bersandarkan hadis Rasulullah, wasiat kepada waris terbatal kecuali jika dipersetujui oleh waris-waris lain.

Persetujuan ini tidak boleh pre-signed semasa hidup ya, mestilah diperoleh SELEPAS KEMATIAN pemilik harta.

 

2. Perlukah saya buat Hibah?

Persoalan ini sangat penting untuk difahami. Bukan semua orang perlu hibah – contohnya orang yang tidak mempunyai harta langsung atau yang redha dengan pembahagian secara Faraid tidak perlu hibah. Tetapi kebanyakan ahli masyarakat boleh consider hibah sekiranya risaukan nasib waris yang ditinggalkan.

Apabila telah membuat hibah, hak harta yang dihibah akan menjadi milik penerima hibah. Harta yang dihibah tidak tertakluk kepada pembahagian secara Faraid kerana hibah adalah pemberian semasa hidup lagi.

 

Kriteria #1

Perkara pertama yang perlu diambil kira untuk decide samada perlu atau tidak membuat Hibah ialah analisis pembahagian Faraid – siapa waris yang berhak dan berapa pecahan hak masing-masing.

Kebiasaannya isteri sangat berkehendak untuk menggesa suaminya membuat hibah kerana hak Faraid isteri hanya 1/8 (jika ada anak). Bagi individu berpoligami, bahagian 1/8 itulah yang akan dikongsi bersama oleh semua isteri yang ditinggalkan.

Ada yang beranggapan apabila ada anak lelaki, tidak perlu membuat hibah kerana sudah ada waris penghalang. Anda boleh membuat hibah jika hendak menyamaratakan hak anak lelaki dengan anak perempuan, memudahkan pengurusan harta (diterangkan di bawah) atau jika hendak membahagikan harta tertentu kepada anak-anak yang tertentu.

waris perempuan

Bagi pasangan suami isteri yang tiada anak atau tiada anak lelaki, maka mereka terdedah untuk berkongsi hak Faraid dengan adik beradik arwah. Bagi yang mengambil anak angkat, kritikal untuk Hibah kerana hubungan angkat tidak waris mewarisi. Oleh itu, jika tiada perancangan dibuat, maka kebajikan anak angkat mungkin akan terabai.

 

Baca juga: Pewarisan Kepada Anak Angkat

 

Untuk lebih nampak kesannya jika tidak hibah, nilaikan pecahan hak Faraid setiap waris dengan nilai harta pusaka arwah.

Contohnya rumah arwah bernilai RM500,000. Waris meninggalkan isteri, dua anak perempuan, ibu, dan adik lelaki seibu sebapa.

Hak isteri 1/8 (RM62.5k), ibu 1/6 (RM83.3k), 2 anak perempuan 2/3 (RM166.7k seorang) dan adik lelaki 1/24 (RM20.8k).

Itulah nilainya jika nak ‘tebus pusaka’. Walaupun bahagian adik lelaki arwah hanya 1/24, tetapi nilai yang perlu diberi kepadanya sebagai tukaran perlepasan hak ke atas rumah bersamaan RM21k (atau mengikut persetujuan).

 

Itupun jika waris tersebut bersetuju untuk tebus pusaka. Jika tidak, tiada pilihan lain – namanya akan turut serta dalam geran rumah.

 

Kriteria #2

Perkara kedua ialah meneliti keupayaan waris untuk menguruskan harta. Anak bawah umur, orang kurang upaya dan mereka yang tidak waras tidak berkelayakan untuk mengurus harta. Mahkamah atau Pusaka Kecil akan melantik pentadbir seperti Amanah Raya bagi mengurus dan menyimpan bahagian Faraid mereka, sehinggalah mereka mencapai umur 18 tahun atau status kurang upaya ditarik balik.

Isteri yang menjaga anak-anak memerlukan biaya untuk menanggung perbelanjaan kehidupan. Isteri anda mungkin akan menghadapi kesukaran kewangan apabila pusaka anak bawah umur berada di bawah pengurusan pentadbir lain. Solusinya ialah dengan merancang hibah. Untuk harta tak alih, hibah akan memudahkan proses turunmilik harta bagi keluarga ini. 

Di samping itu, hubungan mertua-menantu mungkin tidak sebaik semasa anak mereka masih hidup. Ini boleh menyebabkan mertua enggan melepaskan hak Faraid mereka walaupun menantu dan cucu mereka lebih memerlukan. Situasi lebih kritikal apabila ia melibatkan rumah pusaka tempat keluarga ini berlindung. Apabila mertua pula meninggal, rumah arwah yang diwarisi mereka akan diwariskan pula kepada adik beradik arwah.

orang tua

Ibubapa atau mertua yang tua juga sudah tidak berupaya menguruskan harta dan lebih inclined untuk menyerahkan urusan dan keputusan kepada anak-anaknya yang lain. Walaupun adik beradik arwah tiada hak, tetapi masih boleh mempengaruhi keputusan ibubapa.

Merancang dengan menyediakan hibah tidak bermakna anda berprasangka buruk terhadap para waris. Tetapi ia adalah satu bentuk perancangan harta bagi mempersiapkan isteri dan anak-anak menghadapi sesuatu yang tidak tentu. Tiada siapa yang dapat menjamin sikap waris lain akan sama setelah ketiadaan arwah. Harta boleh menjadikan kita kelabu mata, especially harta ‘durian runtuh’ seperti pusaka.

Jika pembahagian Faraid sesetengah harta seperti rumah menimbulkan kerisauan, maka disyorkan untuk Hibah bagi mendapatkan peace of mind.

Perhubungan dengan waris lain masih perlu dikekalkan harmoni. Maka termasuk dalam perancangan harta ialah tidak menghibahkan keseluruhan harta; pastikan ada bahagian digunakan untuk melangsaikan hutang, ada bahagian untuk pembahagian Faraid dan sebagainya.

 

3. Harta apa yang boleh dihibah?

Harta yang hendak dihibah mestilah menepati syaratnya seperti diperoleh secara halal, ada nilai, milik sempurna pemberi hibah, wujud semasa dihibahkan dan boleh diserahmilik.

Antara harta yang boleh dihibah ialah rumah, tanah, kenderaan, Tabung Haji, wang simpanan, akaun CDS, ASB, saham koperasi, barang kemas dan sebagainya.

 

Bagi yang berkecimpung dalam bisnes, anda boleh merancang pewarisan perniagaan dari segi pemilikan saham syarikat dan pengurusan operasi khususnya bagi syarikat Sdn Bhd, Berhad dan syarikat induk (holding company). 

Untuk makluman, jarang akan anda temui syarikat yang menawarkan servis penyediaan hibah untuk hartanah yang masih dalam pinjaman. Kebanyakan peguam atau syarikat pusaka hanya membuat hibah rumah yang tiada hutang sahaja. Ini berlaku disebabkan oleh perbezaan instrumen undang-undang yang digunakan dan perbezaan kefahaman dan pandangan mazhab ulama yang dipegang. 

Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB) adalah syarikat amanah yang paling terkehadapan dalam menawarkan solusi hibah rumah bercagar atau yang masih dalam pinjaman. WSB telah melabur banyak untuk membiayai geran penyelidikan universiti bagi memastikan solusi hibah harta bercagar yang ditawarkan menepati syariat dan perundangan.

Dari kesahan hibah, rekod bersih WSB memenangi lebih 300 kes pengesahan hibah sukar diatasi oleh syarikat pesaing.

 

Baca juga: Hibah Rumah Nama Suami Isteri 

Baca juga: Kredibiliti Wasiyyah Shoppe

 

 

Hubungi saya

Saya adalah perunding berdaftar mewakili Wasiyyah Shoppe. Jika anda kurang jelas tentang maklumat yang disampaikan, mahu konsultasi lanjut, atau mahu mendaftar, sila hubungi saya.

Boleh direct Whatsapp saya, Ansari di SINI , tak perlu save nombor. Atau hubungi 019-749 8210

 

 

 

 

 

 

Dapatkan Perkongsian EKSKLUSIF

Sila semak email dan CONFIRM langganan. Terima kasih!

Share This
× Berminat?