Hukum Faraid adalah kaedah pembahagian harta pusaka yang telah ditetapkan dengan jelas dalam al-Quran. Setiap waris yang berhak telah ditetapkan bahagiannya, berdasarkan struktur keluarga dan siapa waris yang hidup sewaktu arwah meninggal dunia.

Melaksanakan Faraid adalah wajib bagi umat Islam. Malah kita ditegah dari mempersoalkan kewajaran dan keadilan yang tersirat dalam hukum Faraid, kerana hukum ini asalnya dari Tuhan.

Pengetahuan Allah itu luas dan mendalam. Kita wajib percaya bahawa ada hikmah yang tersirat dan tersurat di sebalik kesemua ketetapan dan hukum syariah, termasuklah hikmah di sebalik ketetapan Faraid.

Faraid itu wajib, bagaimana keadaannya jika buat Hibah? Ada yang menjadi keliru, dan timbul persoalan..

 

Adakah hibah ‘bercanggah’ dengan Faraid?

 

😧 Adakah dengan membuat Hibah atas harta kita, kita telah menafikan hak waris Faraid?

 

😧 Adakah dengan memberi Hibah kepada penerima, kita akan mencetuskan konflik antara waris?

 

😧 Adakah berdosa kita membuat Hibah kerana ‘melanggar’ syariat Faraid?

 

Persoalan-persoalan ini bukanlah saya reka sendiri.

Ini adalah antara soalan yang tercetus dalam kalangan prospek yang berminat dengan perancangan pewarisan. Mereka datang untuk berbincang dan berniat untuk melaksanakan Hibah harta mereka.

Namun setelah berbincang dengan mendalam dan teknikal, ada segelintir yang menjadi keliru dan tersalah faham.

Adakah kita sedang merancang kaedah untuk mengelakkan waris Faraid menerima hak mereka?

 

Hibah Terlaksana Semasa Hidup

Hibah seringkali dikaitkan dengan instrumen pusaka. Inilah antara puncanya mengapa prospek mudah untuk terkeliru.

Yang sebenarnya, Hibah itu melibatkan pembahagian harta, bukan pusaka. Besar bezanya.

Lazimnya turunmilik harta yang dihibah kepada nama penerima dibuat selepas pemberi Hibah meninggal dunia.

Ada sebab dan rasionalnya mengapa proses pindahmilik nama itu tidak dibuat terus semasa hidup, antaranya kerana sekatan harta dan juga bertujuan untuk memelihara kebajikan pemberi.

Tidaklah saya berhasrat untuk terangkan secara panjang lebar di sini. Disaran untuk terus berhubung dengan saya untuk penerangan.

 

Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.

 

Walaupun turunmilik itu ditangguhkan selepas kematian, ini tidaklah bercanggah dan melanggar rukun hibah yang penting untuk difahami, iaitu..

 

Hibah adalah pemberian semasa hidup dan terlaksana semasa pemberi Hibah masih hidup.

 

Pemberian Hibah itu sudah terlaksana semasa hidup lagi. Cumanya perlaksanaan dari segi pendaftaran harta kepada penerima itu yang ditangguhkan.

 

 

Bila Dah Beri, Tidak Lagi Menjadi Pusaka

Harta yang telah dihibahkan akan diasingkan dari pembahagian Faraid.

Maka harta itu bukan lagi harta pusaka yang boleh dituntut oleh waris-waris Faraid kerana harta itu telah diserahmilik kepada penerima Hibah sejak Pemberi Hibah masih hidup lagi.

 

Bukankah itu bermakna kita buat Hibah untuk mengelakkan waris Faraid ini memperoleh hak mereka?

Niat di hati ikutlah masing-masing. Kita hanya menghukum mengikut apa yang zahir dan fakta kes.

Tujuan Hibah bukan untuk menafikan hak Faraid. Malah itu jauh terpesong. Namun jika ada yang membuat hibah kerana niat itu, biarlah Tuhan yang menentukan.

 

Asas Hibah yang sebenar adalah pemberian atas dasar kasih sayang.

 

Kita berikan hibah kerana sayangkan penerima dan untuk memudahkan mereka teruskan kehidupan setelah ketiadaan kita.

Secara teknikal pun, pemberian Hibah tidak bercanggah dengan Faraid.

Hibah adalah pemberian semasa hidup, manakala hak Faraid hanya wujud ke atas pusaka yang ditinggalkan selepas kematian.

 

Hibah Adalah Hadiah

hadiah hibah

 

Ringkasnya, hibah adalah hadiah.

 

Adakah wajar kita salahkan seseorang yang memberi hadiah kepada penerima hadiah?

 

Cuba kaitkan dengan Hibah.

Adakah wajar kita salahkan pemberi kerana membuat Hibah kepada penerima? Itu hartanya, kan?

 

Jika masih berfahaman hibah itu ‘lari dari Faraid’,

 

🤨 Jangan tukar nama rumah kepada isteri semasa hidup, kerana waris suami tidak akan dapat menuntut hak.

 

🤨 Jangan berikan hadiah kepada isteri dan anak-anak.

 

🤨 Jangan jual, sedekah, wakaf atau buat sesuatu yang boleh menghilangkan pemilikan ke atas harta itu sehinggalah kita tiada di muka bumi.

 

Ini bukan sinis ya.

Saya ingin mengajak anda berfikir rasional berkenaan kefahaman anda. Mudah-mudahan jelas persamaannya.

 

 

Dapat tak apa yang saya ingin sampaikan?

Hibah itu tidak lain seperti kita memberikan hadiah kepada seseorang semasa hidup.

Tetapi niat itu haruslah jelas menepati rukun dan syarat Hibah. Kerana dikhuatiri ia boleh ditafsirkan pula sebagai wasiat atau pesanan.

Sebaiknya Hibah dibuat dalam bentuk dokumen hitam putih agar dapat dibuktikan hasrat itu sekiranya ada pertikaian.

Agak teknikal sebenarnya bila berbicara tentang Hibah.

Bab itu itu boleh serahkan kepada kami.

 

Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.

 

Share This
× Berminat?