Rumah adalah aset dan harta yang bukan sahaja penting sebagai tempat berteduh sesebuah keluarga, malah berpotensi menjadi rebutan para waris disebabkan nilaiannya yang tinggi.
Maka tidak hairanlah dalam banyak-banyak jenis harta, seringkali rumah yang diutamakan dalam membuat dokumen hibah sebagai perancangan pewarisan harta. Suami yang bertanggungjawab ingin memastikan sekurang-kurangnya anak dan isteri mempunyai rumah sendiri yang tidak perlu dikongsi dengan waris lain sekiranya dia pergi dahulu.
Begitu juga bagi isteri yang sayangkan pasangannya; ibu bapa angkat terhadap anak angkat yang dijaganya, abang kepada adik bongsu dan sebagainya.
Namun begitu, penyediaan dokumen hibah rumah yang masih belum habis dibayar pinjamannya lebih mencabar berbanding penyediaan dokumen hibah rumah yang tiada hutang. Terdapat isu berkaitan rukun hibah yang perlu dirungkai bagi memastikan dokumentasi hibah rumah yang dibuat itu sempurna dan tiada cacat celanya.
Walaubagaimanapun, klien Wasiyyah Shoppe tidak perlu risau. Solusi hibah bersyarat bagi rumah dalam pinjaman yang disediakan oleh Wasiyyah Shoppe adalah solusi lengkap yang terbukti menepati kesemua rukun dan syarat Hibah.
.
Hartanah – Aset KRITIKAL untuk diHibah
Rumah adalah keperluan asas hidup berkeluarga. Kita boleh hidup tanpa kereta dan barang kemas, tetapi semua orang perlukan tempat berteduh.
Sepertimana ungkapan “Rumahku Syurgaku“, inilah juga tempat keluarga mencurahkan kasih sayang.
Nilai nostalgia sesebuah rumah kediaman menjadikannya harta yang sangat berharga yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Lebih-lebih lagi apabila ia dibeli dengan jerit perih pasangan suami isteri membanting tulang bersama.
Pada pandangan orang luar, nilainya dibanding dengan harga pasaran yang tinggi dan umumnya semakin meningkat.
Tetapi dari sudut pandang seorang isteri yang kehilangan suami, nilaian harga rumah itu ditambah lagi dengan nilaian nostalgia dan emosi yang tidak akan ada gantinya.
.
Ketahui Hak Faraid Isteri, Anak dan Waris Lain
Sebelum membuat perancangan Hibah, anda perlu fahami siapakah waris yang berhak mewarisi rumah dan segala harta pusaka anda serta pecahan hak mereka mengikut hukum Faraid.
Sekiranya anda mempunyai hasrat pembahagian yang berbeza, bolehlah anda membuat Hibah harta selagimana masih bernyawa.
Tindakan merancang pewarisan harta dengan hibah tersebut tidaklah menyalahi atau lari dari Faraid, mahupun menafikan hak waris lain, kerana hak Faraid itu hanya wujud setelah pemilik harta meninggal dunia.
Menurut hukum Faraid, isteri (ada anak) mendapat hak 1/8 daripada harta pusaka.
Bayangkan rumah dibahagi 8, bahagian isteri anda mungkin hanya ruang dapur sahaja!
Ruangan rumah yang lain perlu diserah kepada waris yang lain. Sudah tentu hidup isteri dan anak akan berubah 180 darjah berbanding semasa suami masih hidup.
Ilustrasi untuk Joint Loan rumah. Apabila suami meninggal, isteri hanya dapat 1/8 atau 12.5% sahaja daripada bahagian suami.
.

Anak baru 2 & 5 tahun apabila suami meninggal. Terpaksa menjual rumah dan urus prosedur apabila ibu mertua tuntut hak. Walaupun bahagiannya (1/8) lebih sedikit dari mertua (1/6)
Sekiranya tiada hibah atau perancangan pewarisan harta dibuat semasa hidup, hak rumah akan dibahagi kepada semua waris-waris Faraid.
Namun tidak praktikal untuk membahagikan hak Faraid mengikut ruangan fizikal rumah – seorang dapat dapur, ruang tamu, bilik dan sebagainya. Rumah bukanlah suatu aset yang mudah dipecah untuk dibahagikan.
Malah jika ada waris yang hendak menetap bersama dalam rumah tersebut atas tuntutan haknya, apa pilihan yang ada kepada isteri?
😭 Keluar dari rumah?
😭 Jual rumah?
😭 Kemudian nak menetap di mana pula?
Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.
Adakah Waris Akan Melepaskan Hak Begitu Sahaja?
Meskipun Hukum Faraid telah menggariskan hak bagi setiap waris, namun masih ada ruang perbincangan yang tertakluk kepada persetujuan kesemua waris semasa bicara pusaka berjalan.
Waris boleh ‘takharuj‘, iaitu melepaskan hak Faraid ke atas rumah tersebut.
Ataupun para waris boleh ber’muafakat‘, iaitu bersetuju sebulat suara pecahan pembahagian mengikut formula tertentu.
Walaubagaimanapun, pucuk pangkalnya nasib anak dan isteri untuk terus tinggal di rumah pusaka seperti sebelumnya akan tertakluk kepada ihsan dan persetujuan waris-waris tersebut.
Oleh yang demikian, mungkin perlu difikirkan…
🙍 Adakah waris akan melepaskan hak begitu sahaja, tanpa sebarang balasan?
🙍 Mencabar iman untuk melepaskan hak ‘durian runtuh’ pusaka.
🙍 Perhubungan silaturrahim mungkin tidak serupa semasa hidupnya sepeninggalan anak yang disayangi.
🙍 Ibu yang melahirkan dan lebih lama memelihara arwah anaknya mungkin berasa lebih berhak ke atas harta pusaka yang ditinggalkan.
🙍 Perhubungan mertua-menantu, adik beradik ipar dan sebagainya.. boleh menjadi keruh disebabkan harta.
Tidak dinafikan tidak semua perhubungan keluarga akan menjadi buruk dan waris porak peranda bertelingkah kerana pentingkan harta.
Pastinya ada perhubungan yang kekal baik, wujud toleransi dan kasih sayang.
Namun apakah persediaan anda sekiranya yang keruh itu pula yang berlaku?
Apakah persiapan anda untuk memastikan waris semua tahu dan redha dengan pembahagian harta yang telah dirancang, dan mengurangkan risiko mereka bertelagah kemudian hari?
Hibah – Instrumen Pewarisan Harta Kepada Waris
Sekiranya anda hendak mewariskan rumah dan harta-harta lain kepada isteri, suami dan anak-anak, buatlah dokumen Hibah.
Jangan anda buat wasiat pula.
Wasiat kepada waris hukumnya terbatal, melainkan kesemua waris-waris lain bersetuju.
Isu Hibah Rumah Dalam Pinjaman
Hibah merupakan akad pemberian milik sesuatu harta oleh pemilik harta semasa hidupnya secara sukarela dan tanpa mengharapkan balasan.
Dalam bahasa lain, ia membawa maksud hadiah yang diberikan atas dasar kasih sayang.
Antara syarat hibah ialah harta yang hendak dihibahkan mestilah dimiliki sepenuhnya (pemilikan sempurna) oleh pemberi.
Isu pemilikan sempurna ini yang menjadi perselisihan boleh atau tidak dibuat hibah rumah yang masih dalam pinjaman bank atau LPPSA.
Kebanyakan syarikat dan peguam memilih untuk menyediakan dokumen hibah bagi rumah yang tiada hutang sahaja.
Berbeza dengan pendirian Wasiyyah Shoppe yang cuba juga mencari jalan keluar bagi menawarkan solusi kepada umat Islam di Malaysia yang kebanyakannya masih terikat dengan pinjaman/pembiayaan bank.
Hibah Bersyarat Rumah Bercagar (HBRB)
Menerusi penyelidikan akademik dan dapatan kehakiman, Wasiyyah Shoppe mendapati rukun harta ‘pemilikan sempurna’ dapat dipenuhi dengan syarat adanya JAMINAN hutang tersebut akan dilangsaikan setelah pemberi hibah meninggal dunia.
Bentuk jaminan yang dibolehkan ialah seperti mengambil perlindungan Takaful sama ada MRTT atau MLTT ke atas pinjaman bank.
Malah sekiranya tiada MRTT diambil sekalipun, anda masih boleh membuat hibah (dengan jaminan) juga menerusi solusi yang ditawarkan oleh Wasiyyah Shoppe.
Kepakaran Wasiyyah Shoppe Terbukti
👍 Lebih dari 300 kes dokumen Hibah yang disediakan oleh Wasiyyah Shoppe berjaya mendapat pengesahan hakim di Mahkamah Syariah, tanpa tewas. TIADA syarikat lain yang mempunyai track record cemerlang seperti ini.
👍 Beroperasi sejak tahun 2004 dan semakin mengembangkan perkhidmatan. Wasiyyah Shoppe merupakan pengeluar terbanyak dokumen Hibah di Malaysia.
👍 Panel syariah berkaliber yang mempunyai kepakaran khusus dalam harta pusaka, termasuklah bekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.
Anda SAYANG keluarga?
Berbanding nilai harta yang diwariskan dan kemudahan pada masa hadapan, hanya sedikit wang yang perlu diperuntukkan untuk membuat hibah rumah yang sempurna.
Buatlah hibah kerana sayangkan keluarga; kerana anda nak pastikan isteri, suami dan anak-anak dapat meneruskan hidup seperti sediakala.
Jika tiada perancangan pewarisan dibuat, mereka masih akan memperoleh bahagian Faraid dari pusaka. Namun, samada mereka akan terus dapat tinggal di rumah seperti sebelumnya akan tertakluk kepada ihsan waris-waris yang lain.
Perancangan ini adalah sebagai persediaan.
Anda masih hope for the best iaitu waris berbaik dan tidak berebut harta, tetapi pada masa yang sama anda prepare for the worst.
Kita tidak tahu cabaran yang menanti anak dan isteri, terutamanya apabila anda sudah tiada.
Nak permudahkan hidup waris yang disayangi, atau macam mana?

Adik beradik arwah tiada hak ke atas. Nak halau ke macam mana?
.
Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.
- Penerima Hibah Meninggal Dahulu Dari Pemberi – Harta Jadi Milik Siapa? - March 22, 2023
- “SNP ni sama kuat dengan geran” - March 20, 2023
- Pembuktian Berlakunya Hibah Secara Lisan - March 16, 2023
Assalamualaikum Tuan,
Pada akhir tahun lepas saya dan isteri ada membuat pembelian bersama untuk 1 unit rumah yang sekarang masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun ini. Saya dan isteri bercadang untuk membuat hibah bersyarat untuk rumah yang kami beli. Boleh saya dapatkan pandangan dan pendapat tuan. Terima kasih.
Wslm wbt Tuan Azri,
Maaf lambat reply kerana saya jarang semak ruangan comment. Kelemahan saya. Lebih mudah Tuan atau pengunjung lain direct ke Whatsapp saya ya.
Antara syarat Hibah ialah harta yang dihibah itu wujud. Maka sebaiknya Hibah dibuat sebaik sahaja rumah siap dibina. Tuan boleh contact sy semula bila tiba saat itu ya. Thanks
Salam Tuan, untuk makluman sekarang rumah yang saya dan isteri beli sudah siap dibina. Boleh saya dapat maklumat lanjut tentang cara-cara dan kos untuk buat hibah bersyarat? Terima kasih.
Tuan, tuan boleh contact number phone diatas
Terima kasih Tuan Afiq.
Wslm wbt Tuan Azri. Untuk perbincangan lanjut termasuklah kos, sy minta tuan whatsapp sy, Ansari 019-749 8210 ya. TQ
Salam tuan…saya ingin mendapatkan info lebih lanjut ttg hibah 2 rumah kami
Wslm wbt Puan Norliza,
Okay baik. Saya dah email puan ya
Assalamualaikum tuan, bagai mana peoses utk hibahkan rumah dan apa documents yg perlu ada dsn betapa kos nya. Mohon pencerahan dari tuan. Tkasihbyk2
Wslm wbt Tuan Zahari,
Mohon tuan call atau whatsapp saya Ansari 019-749 8210 untuk perbincangan lanjut. Terima kasih
Salam Tuan, Saya dan Isteri ada membeli rumah, buat pinjaman bersama, boleh buat hibah bersyarat , Saya minta Tuan terangkan tentang hibah ini
Sekian Terima Kasih
Wslm Tuan Rosdan. Maaf lambat reply. Penerangan asas seperti yang tuan baca dalam artikel ini. Untuk perbincangan lanjut sy email tuan. Kerana setiap orang keperluannya berbeza.
Salam Tuan, saya dan suami ada membeli rumah dan membuat pinjaman bersama. Boleh buat hibah bersyarat tak dan bagaimanakah caranya. Selain itu, hibah untuk harta seperti kenderaan, wang simpanan, kwsp bagaimana beserta dengan process Kos (RM) untuk membuat hibah. Boleh tuan Emailkan details kepada saya tak. Terima kasih
Saya sudah email puan ya. Terima kasih
Salam. Minta tuan email saya kos yang diperlukan utk membuat hibah ni. Saya ada rumah yg masih ada hutang di bank, duit kwsp dan simpanan serta kenderaan saya yg sudah tiada lagi loan di bank. Sekian
Wslm wbt tuan Hasbulah,
Saya prefer untuk berbincang melalui whatsapp, email kurang efisien. Mohon tuan call atau whatsapp saya, Ansari 019-749 8210. Semua di atas boleh dihibah, kecuali kwsp jika masih belum dikeluarkan.
Salam tuan,
Sy nak tanye berapa angaran cost utk hibah, rumah masih loan bank dan ade takaful, kwsp.
Wslm wbt puan Sharifah Norain,
Terima kasih atas komen puan. Saya ada email puan berkaitan perkara di atas ya
Assalamualaikum Tuan, saya dan suami ada membeli rumah dengan cara membuat pinjaman bersama. rumah dijangka siap tahun hadapan. Adakah boleh untuk membuat hibah bersyarat dan bagaimanakah caranya? Selain itu, hibah untuk harta seperti wang simpanan dan kwsp bagaimana beserta dengan process cost (RM) untuk membuat hibah? Boleh tuan Emailkan details kepada saya tak. Terima kasih
Saya dah email puan
salam tuan, bolehkah tuan emailkan kepada saya juga
” Adakah boleh untuk membuat hibah bersyarat dan bagaimanakah caranya? Selain itu, hibah untuk harta seperti wang simpanan dan kwsp bagaimana beserta dengan process cost (RM) untuk membuat hibah?”
terima kasih tuan.
79mona54@gmail.com
Wslm wbt Puan Siti Monaliza,
Maaf lewat respons. Saya sudah emel puan ya
Assalam Tuan, saya ada membeli rumah dan membuat pinjaman ,rumah dijangka siap tahun ini In Shaa Allah. Boleh buat hibah bersyarat tak dan bagaimanakah caranya. Selain itu, hibah untuk harta seperti kenderaan, wang simpanan, kwsp bagaimana beserta dengan process Kos (RM) untuk membuat hibah. Boleh tuan Emailkan details kepada saya tak. Terima kasih
Wslm wbt puan. Noted
Salam….saya dan suami mempunyai rumah dengan membuat pinjaman bersama…bolehkah suami bua hibah bersyarat walaupun rumah tersebut belum habis bayar.Apakah prosedur untuk buat hibah tersebut
Wslm wbt puan Sara,
Ya, boleh puan. Mohon call/whatsapp saya Ansari, 019-7498210 untuk perbincangan lanjut. Thx
Salam, suami saya nak hibah rumah kepada saya, macam mana ye urusannya ye. Encik tlg email saya ye
Cek email ya puan
Salam Tuan, Saya dan suami ada membeli rumah, buat pinjaman bersama melalui pinjaman LPPSA [LOAN KERAJAAN],Saya dan suami bercadang untuk membuat hibah bersyarat untuk rumah yang kami beli.Boleh Tuan terangkan tentang hibah ini dan cara untuk menghibah rumah tersebut berserta kos memproses tersebut.Rumah dijangka siap tahun hadapan
Sekian Terima Kasih
Wslm wbt puan Nurul Jurina,
Untuk loan kerajaan kebiasaannya ada MRTT, tapi puan perlu cek juga lah. Ini sebagai jaminan loan akan habis dibayar. Oh untuk rumah yang masih belum siap, belum boleh dihibah. Sebab syarat hibah ialah rumah mestilah wujud. Bagaimanapun Wasiyyah Shoppe masih terima permohonan untuk hibah jika sekurang-kurangnya rumah sudah 90% siap.
Untuk selanjutnya, sy minta puan whatsapp sy di 019-749 8210 atau http://goo.gl/EM7eo8 ya. Lebih mudah nak komunikasi. TQ
Slm cik suami sy nk hibah rumah yg kami beli bersama yg masih dlm pinjaman kerajaan..berapa kos yg dianggarkan? Jika ini adalah harta sepencarian,perlukah dihibah?
Wslm wbt Puan Marlinda,
Saya rasa puan dah Whatsapp saya kan? sebab soalan yang sama ada diajukan baru-baru ini. Jika itu bukan puan, mohon call atau whatsapp saya Ansari 019-749 8210 untuk perbincangan lanjut
Berapakah kos untuk buat hibah bg rumah yg belum habis dibayar?
Mohon Puan Noorfazila call atau whatsapp saya Ansari 019-749 8210 untuk perbincangan lanjut
saya ada rumah masih di bwh loan lppsa..saya nak tau brp rm charge utk hibahkan rumah saya? Adakah charge lumpsum atau kena bayar setiap tahun
Maaf lewat reply. Untuk caj dokumen hibah, bayaran one off.. bukan tahunan atau bulanan. Boleh Whatsapp saya terus untuk bincangkan kos detail ya
Salam tuan. Saya telah membeli sebuah rumah melalui pinjaman kerajaan. Setengah bahagian dari rumah tersebut saya namakan atas nama isteri saya dan setengah bahagian lagi adalah atas nama saya. Kami berdua bercadang untuk menghibahkan bahagian-bahagian kami ke atas rumah tersebut kepada dua orang anak perempuan kami. Adakah saya dan isteri saya boleh membuat hibah tersebut walaupun pinjaman kerajaan yang saya buat belum selesai sepenuhnya ? Mohon penjelasan daripada tuan.
Wslm Tuan Ridzuan. Please cek email ya
Assalammuaikum tuan,saya ada membeli rumah atas pinjaman perumahan daya seorg.tapi gadaian dan geran bersama nama suami.bolehkah saya buat hibah bersyarat
Wslm wbt Puan Rosmiza,
Ya, boleh hibah. Please cek email ya
Please pm details utk hibahkan rumah
Mohon whatsapp sy 019-7498210 atau klik http://goo.gl/EM7eo8
Assalamualaikum tuan.. Saya dan suami ada membeli 2 buah rumah. Rumah pertama adalah pinjaman bank dan rumah kedua dibwh pinjaman LPPSA kerajaan. Kedua2 rumah tersebut adalah pinjaman bersama. Kami berhasrat utk menghibahkan rumah ke atas 3 org anak kami. Boleh kah hibah bersyarat dibuat jika rumah tersebut masih didlm kondisi pinjaman? Dan berapakah kos yg diperlukan utk membuat hibah bersyarat? Terima kasih.
Wslm wbt Puan Noorain,
Ya,wasiyyah shoppe ada buat hibah bersyarat untuk rumah yg masih dlm pinjaman, dengan syarat2 yg tertentu untuk menepati syarat rukun hibah. Kebanyakan syarikat pusaka lain mensyaratkan rumah mesti sudah habis dibayar, baru boleh boleh dihibah.
Untuk perbincangan lanjut termasuklah kos, sy minta puan whatsapp sy, Ansari 019-749 8210 ya. TQ
Salam tuan
Saya nak bertanya bagaimana caranya jika suami hendak hibahkan kepada saya rumah yg beliau beli dgn loan kerajaan tapi masih belum selesai pinjaman..boleh tuan terangkan cara beserta dgn kosnya..
Wslm puan,
Seperti yg dijelaskan dalam artikel ini, Wasiyyah Shoppe ada membuat hibah untuk rumah masih dalam pinjaman bank atau loan kerajaan.
Untuk perbincangan lanjut termasuklah kos, sy minta puan whatsapp sy, Ansari 019-749 8210 ya. TQ
Salam. saya ingin bertanya proses utk hibah rumah yang belum habis bayar.
Wslm wbt puan,
Minta puan whatsapp sy, Ansari 019-749 8210 ya. Thx
salam..bolehkah terangkan proses hibah bersyarat untuk rumah yang saya beli dengan pinjaman lppsa. terima kasih.
wslm wbt,
Saya dah email puan ya. Untuk reply pantas, minta terus whatsapp di no saya tq
salam
saya dan suami nak buat hibah utuk rumah yg masih berhutang dibank dan kwsp.
boleh tak emailkan lebih lanjut atau detail dan no utk dihubungi
terima kasih
Wslm wbt puan Aznita.
Noted, saya dah email puan ya
Assalam Tuan,
saya dan isteri nak buat dokumen hibah bercagar utuk rumah yang masih loan dengan bank.
Boleh emailkan untuk perincian lebih lanjut di sazli….@gmail.com
Terima kasih
Wslm wbt Tuan Ahmad Zali,
Noted, saya dah email tuan ya. TQ
Suami sudah membeli rumah dan hendak hibahkan kepada saya.. Boleh emailkan dgn lbh lanjut mengenai hibah tersebut
Noted. Saya sudah email puan Hannah ya
Assalamualaikum…
Saya ingin tahu Kos hibah sebuah rumah..rumahbtersebut mempunyai Dua nama ttp hanya Saya membayar bulanan …
Bagaimana Pula dengan hibah kwsp Dan insurans..
Terima kasih..
Wslm wbt Puan Sue,
Saya sudah email respons kepada puan ya. TQ
Boleh saya tahu kadar caj yg dikenakan utk hibah rumah dan wang simpanan
Tuan Zamsari,
Noted, saya dah email tuan ya. TQ
Assalamualaikum..
Saya masih belum berkahwin.. saya nak tanya kalau saya nak hibahkan rumah saya yg masih belum habis bayar kepada adik saya bagaimana yer. Boleh email saya utk maklumat lanjut.
Wslm wbt cik Azie,
Noted, saya dah email cik ya. TQ
Boleh saya tahu kadar caj yg dikenakan utk hibah rumah dan wang simpanan
Assalamualaikum,
Boleh saya tahu kadar bayaran utk hibah rumah, simpanan , kwsp .
Assalamualaikum,
Boleh saya thu kadar bayran hibah untuk rumah, kwsp dan simpanan
Wslm wbt,
cek email ya puan Salwa
Assalamualaikum…
Rumah loan atas nama isteri tp Gran rumah 2 nama (suami, isteri) ..
1)Bagaimana cara sy dan suami nak buat hibah.?
2)Berapa kos utk proses?
3)Siapa lagi berhak keatas rumah tersebut jika salah seorang kami meninggal dunia?
Harap Tuan boleh menjawab soalan sy. Terima kasih..
Wslm wbt Puan Nurul Izzaty,
Persoalan puan saya sudah jawab di email ya. Thanks
Salam Tuan,
Bagaimana nak buat dokumen hibah bercagar utk rumah yang masih loan dengan bank.
Kami bayar rumah tersebut melalui loan bersama.
Boleh emailkan untuk perincian lebih lanjut
Wslm Tuan Yahya,
Okay noted. Saya sudah email tuan ya
Assalam tuan, saya ada membeli sebuah rumah MCL tahun 2018 atas nama saya, pinjaman semua nama saya selama 30tahun . Bagaimana proses hibah rumah saya perlu dilakukan selepas ketiadaan saya nanti? Boleh ker saya hibahkan kepada suami dan anak-anak sekarang?
Wslm wbt puan Nurul Fasha,
Boleh dihibahkan. Untuk perbincangan lanjut, boleh direct Whatsapp saya, Ansari di SINI , tak perlu save nombor.. atau pm 019-7498210
BOLEH SAYA TAU DETAIL UNTUK HIBAH RUMAH.KERANA SAYA SUDAH ADA RUMAH DAN MASIH BERBAYAR
Wslm wbt Tuan Man,
Ya boleh. Boleh direct Whatsapp saya, Ansari di SINI , tak perlu save nombor. Atau 019-7498210
Assalamualaikum. Saye nak tahu bagaimana hibah bersyarat untuk rumah yang masih ada loan bank Dan berapa kos untuk perkhidmatan hibah.
Wslm wbt Puan Suriati,
Ya boleh. Boleh direct Whatsapp saya, Ansari di SINI , tak perlu save nombor. Atau 019-7498210
Salam Tuan
Saya ada buat pinjaman rumah (suami & isteri)
Mohon pencerahan hibah bersyarat serta kosnya
Bagaimana pula dengan kwsp unit teras tabung Haji dan lain2 untuk untuk dihibahkan pada isteri
Harap maklum
Wslm Puan Siti Zuraini,
Untuk hibah rumah seperti yg diajukan, ada bbrp persoalan yg perlu saya pastikan dari pihak puan. Mohon whatsapp saya di http://goo.gl/EM7eo8
Untuk Hibah Kwsp, jemput baca di Hibah KWSP
Assalamualaikum tuan..sy dan suami bru shj membeli rumah..dan ingin membuat hibah bersyarat..boleh emelkn kpd sy proses yg perlu dilakukan..?
Wslm wbt Puan Iqa,
Maaf, saya tak menggunakan email untuk discussion. Ini berdasarkan pengalaman yg lepas2, sukar sangat nak dapat respons setelah saya menghantar email kepada anda2 yg komen di sini meminta details seperti Puan Iqa. Agak membuang masa saya. Disebabkan itu, mohon Whatsapp saya Ansari 019-7498210 jika ingin discuss. Thx
Assalamualaikum,
Nak tanya, kalau S&P wife and husband loan 1 penama boleh ke buat hibah?
Mohon pencerahan dari pihak tuan.
Terima kasih.
Wslm wbt Puan Suri,
Boleh puan. Untuk details, mohon Whatsapp saya Ansari 019-7498210
Assalamualaikum. Saye nak tahu bagaimana hibah bersyarat untuk rumah yang masih ada loan bank Dan berapa kos untuk perkhidmatan hibah.tolong jawap
Wslm wbt Puan Nor Fadilah,
Untuk details, mohon Whatsapp saya Ansari 019-7498210
salam tuan.. macam mana saya nak buat hibah untuk rumah. maksudnya nanti bila saya dah meninggal , isteri saya yang akan dapat rumah itu tanpa melalui urusan faraid. Terima kasih
Wslm Tuan Akhir,
Seperti yang Tuan hasratkan, kami gunakan Hibah Bersyarat di mana turunmilik rumah di buat selepas pemilik meninggal. Dan Hibah diasingkan dari harta yang dibahagi mengikut Faraid.
Tuan boleh direct Whatsapp saya di 019-749 8210
SALAM TUAN,
SUAMI SAYA NAK BAUT HIBAH BERSYARAT RUMAH BERCAGAR DAN DI BERIKAN KEPADA ANAK PEREMPUAN TIRI DAN KWSP KEPADA SAYA BOLEH TUAN MAKLUMKAN KEPADA SAYA, BERAPA KOS KESELURUHAN PROSES PEGURUSAN HIBAH.
Wslm wbt Puan,
Puan boleh whatsapp saya terus di 019-749 8210. Rumah boleh dihibah, tetapi KWSP tidak boleh dihibah.
Assalam..saya dri sabah..boleh tak seseorg yg berhutang dgn saya yg dia x mampu bayar setakat ini hibah dan wasiatkan rumah keatas saya atau keluarga saya yg mna pemilikan rumah tersebut iaitu si suami yg berhutang dgn saya dan isterinya..serta masih ada baki pinjaman dgn bank..terima kasih..
Wslm wbt Tuan,
Ia tak berapa menepati saranan hibah dibuat iaitu atas dasar kasih sayang. Namun secara praktikalnya, jika nak dibuat hibah, pemilik tersebut mestilah bersetuju. Dan perlu dipastikan loan rumah terus dibayar
Salam encik, saya ingin mendapatkan maklumat lanjut utk prosess hibah. Ayah saya memiliki sebuah rumah yang dibeli dengan pinjaman kerajaan. Saya nak dapatkan maklumat lanjut untuk membuat hibah dan kos keseluruhan. Boleh emailkan maklumat lanjut.
Wslm wbt puan Lina,
Mohon whatsapp saya Ansari, 019-749 8210. Perbincangan secara email not preferable sebab tidak interaktif.
p/s: Selamat Menyambut Tahun Baru Wawasan 2020
Salam Tuan
Saya dan suami masing-masing memiliki rumah yang dibeli secara pinjaman kerajaan. Dan saya mempunyai 3 orang anak perempuan yang berumur 17 hingga 10 tahun. Mohon pencerahan tuan mengenai hibah bersyarat serta kosnya. Bagaimana pula dengan Unit Pelaburan cth ASB, tabung Haji dan lain2 untuk untuk dihibahkan pada suami/isteri dan anak2. Terima kasih.
Wslm wbt Puan Mai,
Puan dalam kategori kritikal untuk Hibah kerana tiada anak lelaki, dan anak pun di bawah umur.ASB, TH pun boleh dihibah juga. Mohon puan whatsapp saya, Ansari di 019-749 8210 untuk bincangkan dengan detail. Tidak convenient untuk discuss secara terbuka. Thx
Salam.
Saya ingin bertanya, ayah saya mahu menghibahkan rumah beliau yang masih terikat dengan loan kerajaan kepada saya..tetapi dengan syarat (hibah bersyarat) hanya akan menjadi milik saya, selepas kematian beliau.
Soalan saya,
1. Bolehkah ayah saya membuat sendiri hibah (tulis sendiri)?
2.Apakah proses yang perlu dilakukan untuk valid hibah?
3. Perlukah pengesahan LHDN, Mahkamah Syariah?
Terima kasaih..
Wslm wbt.,
Jika nak tulis sendiri, pastikan faham tentang rukun dan syarat Hibah terutamanya tentang teknikal hibah bersyarat. Begitu juga proses pengesahan, perlaksanaan dsb.
Jika tidak ada kepakaran dan pengetahuan, laburlah duit sedikit untuk mendapatkan servis penyediaan dokumen hibah bersyarat dengan kami Wasiyyah Shoppe.
berapa kos jika nak buat hibah bersyarat rumah (masih dalampembiayaan LPPSA) kepda isteri
Saya perlukan details lanjut tentang rumah yang nak dihibahkan. Boleh Whatsapp sy terus tuan: Ansari, 019-749 8210