Kagum saya membaca artikel ini. Seorang wanita bujang berumur 30-an yang masih belum berkahwin, namun mengambil tanggungjawab mengambil seorang bayi baru lahir sebagai anak angkat sehingga dia sudah mencecah umur 8 tahun ketika ini.

Wanita ini bukan sahaja menjaga anak angkat itu, malah turut menyusukan anak itu dalam enam bulan pertama. Untuk merangsang pengeluaran susu badannya, dia telah mengambil pil dan suntikan hormon tiga bulan sebelum bayi itu dilahirkan.

Kalaulah anak itu sudah dijaga sekian lama, pastilah telah wujud rasa sayang seumpama anaknya sendiri. Namun batasan perhubungan yang telah digariskan oleh Syariah perlu juga dipelihara.

 

Pandangan Mazhab

Menurut pandangan jumhur fuqaha’, seorang wanita dibenarkan untuk menyusukan anak, sama ada dia sudah berumahtangga ataupun belum.

Mengikut pandangan Mazhab Maliki, Al-Syafie dan Hanafi, seorang wanita yang hendak menyusukan seorang anak tidak disyaratkan mempunyai suami.

 

Bimbang Anak Angkat Diambil Semula

Umumnya, kebimbangan ibu angkat adalah ibu kandung itu akan mengambil semula anaknya apabila telah meningkat umur. 

Baru-baru ini berlaku tragedi anak kecil berumur 7 tahun yang ditemui meninggal dunia di dalam tong air dengan kesan cedera, hanya beberapa bulan selepas dia diambil semula dan di’jaga’ oleh ibu kandung dan ayah tirinya.

Anak itu telah diambil oleh ibu bapa angkat dan dipelihara dengan penuh kasih sayang sejak dia berumur dua bulan lagi. Namun setelah sekian lama tidak berapa dipedulikan oleh ibu kandung, dengan tidak semena-mena ibu kandung itu menggesa ibu angkat memulangkan anaknya kembali.

 

 

Dengan berat hati, dipulangkan jua.

Lebih teruk dari itu, dikhuatiri dan disyaki terlibat dalam mendera anak itu dan menyebabkan kematian anak kecil itu.

Tak terbayang penyesalan ibu angkat itu melepaskan anak itu pergi kepada ibu kandungnya.. 

Walaupun tiada pertalian darah, anak angkat itu sudah tentu dianggap seperti anak sendiri. Lebih-lebih lagi bagi anak angkat yang dijaga sejak lahir lagi.

 

Hubungan Mahram dan Pewarisan

Walau rapat macam mana pun hubungan antara ibu bapa angkat dan anak angkat, tidak wujud pertalian darah antara mereka. Maka tidak ada lah hubungan pewarisan antara hubungan angkat.

Anak angkat tidak mewarisi harta ibu dan sebaliknya ibu itu juga tidak mewarisi harta anak itu. Sama juga kesnya bagi anak susuan, saling tidak mewarisi.

Mahram hanya berlaku menerusi tiga perkara iaitu nasab, susuan, dan juga musaharah (perkahwinan).

 

Mahram Anak Angkat

Rasulullah sendiri ada mengambil anak angkat, iaitu Zaid bin Harithah. Pada mulanya para Sahabat memanggilnya Zaid bin Muhammad, namun menukar kembali setelah turun ayat dari surah al-Ahzab: 5 agar nasab anak angkat dikekalkan kepada bapa kandung.

Bagi anak angkat yang telah meningkat dewasa dan mencapai umur baligh, timbul isu mengenai batas pergaulan dan perhubungan dengan keluarga angkat berlawanan jantina.

Bagaimanakah batasan antara anak angkat perempuan dengan bapa angkat, ataupun anak angkat lelaki dengan ibu angkat?

Hubungan angkat tidak menjadikan hubungan itu mahram. Hubungan anak angkat dan ibu bapa angkat adalah hubungan ajnabi (orang asing).

Maka aurat sesama mereka tidak ada bezanya dengan aurat dengan orang lain.

Anak angkat perempuan perlu memakai tudung dan menutup aurat di hadapan bapa angkat, tidak boleh bersentuhan kulit dan tidak boleh berdua-duaan tanpa kehadiran mahram lain.

 

Mahram Anak Susuan

Lain kesnya bagi anak susuan.

Anak yang sah menjadi anak susuan mestilah menepati syarat

  • Sekurang-kurangnya lima kali penyusuan yang mengenyangkan
  • susu yang dihisap sampai ke perut bayi
  • umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut bulan qamariah

Setelah sah sebagai anak susuan, maka akan wujudlah hubungan mahram.

 

Sabda Rasulullah:

mahram anak susuan

 

Hubungan anak susuan dengan ibu bapa susuan menjadi mahram, sama seperti mahramnya hubungan nasab keturunan, iaitu:

  • ibu susuannya
  • anak kepada ibu susuan – anak kandung atau anak susuan yang lain
  • suami kepada ibu susuan
  • ahli keluarga yang lain

Oleh demikian, bagi anak angkat yang diambil sejak bayi atau kurang 2 tahun boleh mempertimbangkan untuk menjadikan anak itu sebagai anak susuan. Ini bagi menjadikan batasan aurat dan pergaulan antara keluarga tersebut lebih mudah kerana menjadi hubungan mahram.

Sebagai alternatif, boleh juga meminta adik beradik perempuan yang sudah berkahwin untuk menyusukan anak itu. Maka anak itu menjadi anak saudara susuan dan menjadi status mahram.

Ansari
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This