Jujurnya, saya agak dilema untuk menulis tentang topik Hibah boleh dicabar ini.

Bukan kerana ingin menyembunyikan kelemahan perlaksanaan Hibah di Malaysia, tetapi bimbang pembaca terus kepada kesimpulan yang silap bahawa sia-sia sahaja membuat perancangan hibah apabila ianya boleh dicabar.

Penggunaan instrumen Hibah itu tidak silap.

Malah apabila anda telah cakna isu Hibah dicabar ini, pasti anda faham betapa perlunya anda teliti memilih penyedia dokumen Hibah yang tepat. Inilah faktor penting yang menentukan samada Hibah itu dapat dipertahankan dan penerima memperoleh harta yang telah dihibahkan.

Adakah Hibah boleh dicabar?

Dokumen Hibah adalah sebuah kontrak yang menjadi bukti pemberi hibah telah menyerahkan harta miliknya kepada penerima hibah.

hak

Hibah terlaksana semasa pemberi masih hidup lagi. Namun begitu, proses turunmilik harta lazimnya ditangguhkan sehingga pemberi hibah meninggal dunia. Pemilik harta dalam rekod pendaftar masih belum berubah pada saat hibah telah termeterai.

Bagi harta yang masih dalam pinjaman, penangguhan itu adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan kerana wujudnya kepentingan pembiaya atau bank terhadap harta yang dicagarkan itu. Selagi terikat dengan pinjaman, tidak boleh ditukar milik penama harta.

Bagi harta yang tiada hutang pula, ada pro dan cons mengapa harta itu tidak terus dipindahmilik dan pemberian hibah secara dokumen ini dibuat.

.

Apabila Pemilik Harta Meninggal Dunia..

Apabila pemilik harta meninggal dunia, harta yang ditinggalkan akan menjadi pusaka yang diwariskan kepada waris Faraid.

Bagaimanapun harta yang dihibahkan akan diasingkan terlebih dahulu, kerana pemberian hibah telahpun terlaksana semasa hidup.

Dokumen hibah itu adalah bukti utama hibah telah dibuat semasa hidup pemilik asal harta. Waris-waris Faraid, yang lazimnya mereka yang tidak dinamakan sebagai penerima Hibah, boleh mencabar kesahan dokumen Hibah itu.

Tujuan mereka mencabar adalah untuk menafikan Hibah itu sah.

Sekiranya mereka berjaya, maka pembahagian harta tersebut kembali mengikut hukum Faraid. Dan mereka akan mendapat harta tersebut mengikut hak Faraid yang telah ditentukan.

.

Pengesahan Hibah di Mahkamah Syariah

Autoriti yang berhak dan mempunyai bidang kuasa menentukan sesuatu Hibah itu sah atau tidak adalah hakim Mahkamah Syariah.

Bukan Amanah Raya, peguam, syarikat amanah mahupun individu lain.

hakim mahkamah

Apabila dokumen itu dibawa untuk pengesahan Hibah, hakim akan meneliti dokumen Hibah yang telah dibuat. Subjek yang menjadi ukuran dan penelitian hakim adalah mengenai rukun dan syarat Hibah – samada ianya dipatuhi.

Sekiranya ada keraguan, kecacatan, atau kekurangan dari sudut itu, maka Hibah yang dibuat boleh tertolak.

.

Hujah dan Kefahaman Peguam Tentang Hibah

Hujah peguam memainkan peranan yang sama penting.

Peguam yang memahami teknikal Hibah mampu untuk membahaskan rukun dan syarat Hibah yang terkandung dalam dokumen, dan menolak sebarang keraguan.

hujah peguam

Namun sekiranya dokumen yang disediakan itu dibuat ala kadar oleh peguam yang luar bidang kepakaran hibah, maka di sinilah tempatnya kelemahan dari segi penghujahan akan jelas terpapar.

Peguam itu tidak mampu untuk memberi hujah sokongan apabila dipersoal.

Apatah lagi apabila dokumen hibah itu sendiri yang bermasalah.

Maka datangkanlah peguam yang hebat sekalipun, tidak akan mampu mempertahankan dokumen Hibah yang tidak menepati rukun dan syarat Hibah.

Sukar nak menegakkan benang yang basah.

Terutamanya apabila melibatkan Hibah Harta Bercagar atau hibah harta yang masih dalam pinjaman.

Bagi yang cakna, ada pelbagai isu berkait. Maka dokumen Hibah yang dibuat mestilah secara berhati-hati dan berdasarkan kefahaman yang mendalam.

.

Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.

.

Inilah Kekuatan Hibah Wasiyyah Shoppe..

Setelah jelas dokumen Hibah boleh dicabar oleh waris, maka seharusnya anda sedar betapa pentingnya memilih penyedia yang tepat.

Pilih bukan kerana harga, tetapi kerana produk hibah yang disediakan itu berkualiti dan terbukti berkesan. Kerana akhirnya pilihan anda ini akan memberi kesan besar kepada penerima Hibah.

Anda boleh yakin dan tenang bahawa penerima Hibah tidak akan terkapai-kapai kerana dokumen Hibah yang dibuat itu mempunyai kebarangkalian yang sangat tinggi untuk disahkan oleh Hakim Mahkamah Syariah, sekiranya dicabar.

.

Penyediaan Berdasarkan Ilmu, Kefahaman dan Pengalaman

Wasiyyah Shoppe telah bertapak dalam industri hibah dan pusaka sejak tahun 2004 lagi. Zaman di mana sangat jarang perancangan pewarisan dan Hibah disebut.

Wasiyyah Shoppe lah yang menjadi antara pelopor utama yang mempromosikan Hibah dalam masyarakat Malaysia. Pengalaman luas dalam industri hibah dan pusaka, dan kini menjadi penyedia dokumen Hibah terbanyak di Malaysia.

Saya ada sebut tentang betapa pentingnya penyedia dokumen memahami teknikal Hibah. Apa yang difahami itulah yang akan zahir dalam dokumen Hibah.

Sekiranya kefahaman penyedia tentang hibah adalah cetek, maka dokumen hibah yang disediakan itu akan menjadi bukti yang lemah tentang hasrat pemberian Hibah oleh pemilik harta. Apabila dicabar, maka berisiko untuk hibah itu terbatal.

.

Pelaburan Wasiyyah Shoppe Untuk Memastikan Kesahan Hibah

Bagi memastikan kesahan Hibah yang disediakan, Wasiyyah Shoppe telah melabur wang yang banyak untuk:

πŸ‘ Melantik barisan panel Syariah yang berpengetahuan dan berpengalaman luas – dalam bidang syariah khususnya tentang pewarisan, perundangan harta, dan teknikal pengurusan pusaka.

πŸ‘ Barisan panel diketuai oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan Syariah, yang sangat memahami hujahan Hibah dan memastikan Hibah dibuat berlandaskan syariah dan undang-undang negara.

πŸ‘ Hujahan tentang Hibah terutamanya mengenai hibah harta bercagar disempurnakan dengan hasil dapatan kajian daripada geran penyelidikan yang diberikan kepada universiti tempatan. Dapatan ini penting bagi memastikan penyediaan dokumen berlandaskan hujah yang tepat.

.

Pengalaman Wasiyyah Shoppe Dalam Pengesahan Hibah

Wasiyyah Shoppe telah berjaya mendapatkan lebih 300 kes pengesahan Hibah di Mahkamah Syariah. Kesemua kes hibah klien syarikat telah disahkan tanpa masalah.

Anda tidak akan jumpa rekod yang sama di syarikat mahupun firma peguam yang lain.

Ini adalah kerana Wasiyyah Shoppe telah membuat persiapan rapi dari segi kefahaman, hujahan dan pengalaman dalam menyediakan dokumen Hibah.

Malah usaha ini tidak terhenti setakat itu sahaja.

Pelaburan ilmu dan kajian sentiasa menjadi aspek penting yang dititikberatkan oleh syarikat bagi memastikan kepentingan klien dan dokumen yang disediakan sentiasa menepati tatacara undang-undang Malaysia yang berubah.

.

.

Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.

Share This
× Berminat?