Sebelum berjumpa saya, salah seorang klien saya telah bertanya tentang hibah rumah kepada seorang perunding. Perunding itu bercerita tentang produk Hibahnya, tetapi menurut klien ini, perkongsian perunding itu katanya berbeza dengan apa yang beliau baca dan selidiki.

Setelah bertanya lanjut, barulah beliau sedar yang perunding itu bercerita tentang produk ‘Hibah Takaful’, bukannya Hibah Harta seperti rumah.

Situasi ini biasa berlaku. Ramai perunding Takaful mempromosikan manfaat pampasan nyawa yang terkandung dalam polisi Takaful dengan nama ‘Hibah Takaful’, malah ada yang memendekkannya dengan menamakannya sebagai ‘Hibah’ semata.

Sesetengah perunding Takaful tidak terlatih tentang teknikal dan perlaksanaan perancangan pewarisan dan menggambarkan seolah-olah ‘Hibah Takaful’ itu adalah penyelesaian holistik kepada permasalahan pusaka.

Sebagai ahli masyarakat yang cerdik, jangan mudah terima apa sahaja yang dibentangkan, termasuklah apa yang saya tuliskan. Jadilah seperti klien saya yang proaktif mengkaji beza hibah harta vs hibah takaful.

 

Wujudkah Produk ‘Hibah Takaful’?

Polisi Takaful ada pelbagai jenis, bukan terhad kepada manfaat perubatan atau pampasan hayat sahaja.

Jenis polisi yang biasa diambil adalah polisi Takaful berkait pelaburan (investment linked policy) yang mana perlindungan asasnya adalah memberikan pampasan hayat sekiranya berlaku kematian kepada orang yang dilindungi dan manfaat pampasan kecacatan kekal (total permanent disability – TPD).

Selain itu, terdapat juga polisi Takaful standalone (yang tidak berkait pelaburan) yang menawarkan manfaat yang sama, pada kadar sumbangan (bayaran) bulanan yang lebih rendah kerana tiada ‘saving’ dalam polisi.

Walaubagaimanapun, dalam mana-mana produk dari berbelas syarikat Takaful yang wujud di Malaysia ni, anda tidak akan jumpa produk yang mana namanya ‘Hibah Takaful’.

Anehnya, itulah yang dipromosikan oleh perunding Takaful.

Cuba cari, pastinya tiada..

 

takaful

 

Kerana ‘Hibah Takaful’ bukanlah satu produk.

Tetapi ‘Hibah Takaful’ itu adalah kaedah bagaimana manfaat pampasan dari polisi itu akan diagihkan.

Lebih spesifik lagi, apabila orang yang dilindungi itu meninggal dunia, manfaat itu akan diagihkan kepada penerima dengan menggunakan kaedah Hibah.

 

Perkaitan Hibah Harta dengan Hibah Takaful

Selain kaedah Hibah, ada juga pilihan untuk meletakkan Wasi atau pentadbir yang berperanan untuk mengagihkan pampasan dari polisi tersebut secara Faraid. Tetapi lazimnya pilihan Wasi kurang digunapakai berbanding Hibah.

Isu timbul apabila wujud perunding Takaful yang memendekkan ayat promosi ‘Hibah Takaful’ hanya kepada ‘Hibah’.

Samada ianya disengajakan atau tidak, mesej yang hendak disampaikan seolah-olah produk yang ditawarkan adalah Hibah Harta.

Contohnya, ‘Hibah Takaful’ dikelirukan dengan hibah rumah, tanah dan harta-harta yang lain. Bagi masyarakat yang kurang terdedah, mudah untuk jadi keliru dan dikhuatiri tersilap faham bahawa hibah takaful telah mencakupi hibah untuk kesemua hartanya.

 

Apa itu Hibah Harta

Hibah Harta adalah kaedah pembahagian untuk sesuatu harta dan ianya terlaksana semasa hidup.

Yang mem’beza’kan Hibah Harta dengan ‘Hibah Takaful’ adalah adalah jenis harta yang dihibahkan dalam akad.

Bagi Hibah Harta, jenis harta yang dihibahkan lebih luas – rumah, tanah, kenderaan, barang kemas, Tabung Haji, ASB dan sebagainya.

 

 

Manakala bagi ‘Hibah Takaful’, harta yang dihibah itu adalah sesuatu manfaat dari polisi tersebut. 

Untuk menjadikan sesuatu Hibah itu sah, harta yang dihibah itu mestilah telah wujud, dimiliki sempurna oleh pemberi Hibah dan memenuhi syarat-syaratnya semasa akad ijab qabul itu dijalankan.

Oleh sedemikian, tidak semua harta boleh dihibahkan.

Tetapi banyak yang boleh.

Sebelum membuat Hibah Harta, Wasiyyah Shoppe meneliti satu persatu jenis harta yang nak dihibahkan. Samada ia memenuhi syarat harta yang boleh dihibahkan.

Berlainan kesnya dengan ‘Hibah Takaful’.

Jika anda menggali secara mendalam, anda akan dapati terdapat rukun dan syarat Hibah yang tidak dipenuhi oleh ‘Hibah Takaful’.

Namun begitu, atas sebab maslahah dan ijtihad penasihat Syariah, ‘Hibah Takaful’ telah diluluskan di bawah Jadual 10 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) 2013.

 

Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.

 

Hibah Takaful Menyelesaikan Masalah Pusaka?

Antara isu misleading yang paling banyak berlaku adalah perunding Takaful memposisikan ‘Hibah Takaful’ sebagai jalan penyelesaian untuk segala permasalahan pusaka.

Ambil saja Takaful, masalah pewarisan anda akan selesai. Tanpa menggali lebih dalam tentang proses pentadbiran pusaka yang lebih kompleks, dan pertembungan emosi antara para waris.

‘Hibah Takaful’ ada peranannya dalam perancangan pewarisan, iaitu menyediakan tunai segera kepada penerima yang telah dinamakan.

 

 

Penerima tidak perlu mendapatkan surat kuasa, dan tidak perlu membahagikan pampasan tersebut kepada waris-waris Faraid yang lain.

Pampasan hayat itu adalah hak mutlak penerima Hibah dan terpulang kepadanya bagaimana nak membelanjakan wang tersebut. Ini adalah satu konsep yang penting untuk difahami dalam pewarisan.

Terdapat perunding Takaful yang kurang memahami konsep ini dan disebabkan itu, mereka memberikan saranan misleading kepada klien.

Contohnya menurut mereka, pampasan itu boleh menyelesaikan perkara berikut:

  • Melangsaikan hutang pemberi hibah, atau orang yang dilindungi. Boleh baca artikel ini untuk penjelasan lanjut tentang salahfaham ini.
  • Masalah pentadbiran pusaka
  • Tebus pusaka

 

Menyelesaikan Masalah Pentadbiran Pusaka

Perunding Takaful menyarankan agar kos pentadbiran pusaka diambil daripada pampasan hayat polisi Takaful.

Memang benar pentadbiran pusaka memerlukan kos. Sedikit atau banyak bergantung kepada beberapa faktor, antaranya di mana ia diuruskan dan siapa pentadbir yang dilantik.

Namun perlu diingat semula. Pampasan hibah itu adalah milik penerima Hibah sepenuhnya.

Adakah penerima Hibah itu sanggup menggunakan wang tersebut untuk membayar kos pentadbiran pusaka, yang mana hasilnya (harta pusaka) akan dikongsi bersama waris-waris Faraid yang lain?  

Atau adakah dia mahu kos pentadbiran pusaka ditanggung bersama dengan waris-waris lain?

Sekiranya ada pertikaian dan waris tidak memberikan kerjasama, proses pentadbiran pusaka akan terbantut.

Solusi ini juga dengan andaian hanya kekangan wang sahaja yang menjadi punca pusaka tidak diuruskan.

Yang sebenarnya ada pelbagai sebab lain kerana pentadbiran pusaka turut melibatkan hubungan kekeluargaan dan emosi.

 

Tebus Pusaka

Kos pentadbiran pusaka berkait dengan prosedur pengurusan yang perlu dilalui oleh pentadbir bagi mencairkan harta pusaka.

Tebus pusaka pula berkait dengan kaedah pengagihan harta pusaka tersebut. Sekiranya tiada Hibah Harta yang dibuat, pembahagian harta akan dilaksanakan mengikut hukum Faraid.

Perunding Takaful mencadangkan agar pampasan hayat yang diterima oleh penerima Hibah Takaful digunakan bagi menebus hak pusaka waris Faraid yang lain. Iaitu dengan membuat pertukaran hak bahagian harta itu dengan sejumlah wang.

Contohnya hak ibu mertua iaitu 1/6 ke atas rumah pusaka yang ditinggalkan oleh arwah ditebus dengan wang yang setimpal dengan nilai semasa rumah tersebut.

Jika rumah itu bernilai RM600,000, maka RM100,000 dibayar oleh penerima Hibah kepada ibu mertuanya dengan syarat hak 1/6 itu dilepaskan kepadanya.  

Secara teorinya, mungkin boleh dilaksanakan, sekiranya penerima Hibah dan waris Faraid bersetuju.

Namun demikian, tebus pusaka boleh gagal jika:

  • Waris Faraid tidak hendak melepaskan hak walaupun ditawarkan dengan tebus pusaka
  • Waris Faraid meminta sejumlah wang yang lebih daripada nilaian bahagian rumah mereka dan penerima Hibah Takaful tidak bersetuju. Mungkin mereka beranggapan mereka juga berhak mendapat sebahagian daripada pampasan hayat tersebut atas sebab hubungan kekeluargaan dengan arwah.
  • Penerima Hibah enggan membayar tebus pusaka, kerana jumlahnya besar untuk dibayar dan lebih ‘berbaloi’ untuk disimpan. Mungkin dia lebih rela membiarkan urusan pentadbiran pusaka tergantung, dan semua waris tidak dapat apa-apa bahagian.

 

Bagaimana Hibah Harta Menyelesaikan Masalah Pewarisan?

Hibah Harta adalah jalan penyelesaian yang menyentuh secara langsung ke atas punca permasalahan, iaitu hak pemilikan ke atas harta yang dihibah.

Maka ia dapat mengurangkan ketidakpastian yang timbul dari ide penyelesaian pusaka ‘Hibah Takaful’. Contohnya seperti waris enggan menerima tawaran untuk tebus pusaka dan lepaskan hak.

Setelah hibah rumah telah dibuat dengan sempurna, hak milik rumah tersebut secara syariahnya telah bertukar tangan kepada penerima hibah.

Sekiranya ada pertikaian dari waris-waris Faraid, penerima Hibah boleh mendapatkan pengesahan Hibah dari hakim di Mahkamah Syariah.

Perintah Pengesahan Hibah akan digunakan bagi melaksanakan turunmilik harta tersebut kepada penerima Hibah. Maka tertunailah hasrat pemberi Hibah nak mewariskan harta tersebut kepada penerima Hibah.

 

Kesimpulan: Hibah Harta vs Hibah Takaful

Hibah Takaful adalah pampasan wang yang diserahkan kepada penerima setelah orang yang dilindungi meninggal dunia. Terserahlah kepada penerima untuk berbuat apa pun dengan wang tersebut kerana itu hak mutlaknya.

Cadangan aplikasi hibah takaful bagi menampung kos pentadbiran dan tebus pusaka – samada berjaya atau tidak – bergantung kepada faktor-faktor yang telah dinyatakan di atas.

Hibah Harta pula adalah kaedah perancangan pewarisan yang secara langsung berkait dengan harta yang ingin dihibahkan.

Jika harta itu rumah, maka dengan menyediakan dokumen hibah rumah dan disempurnakan dengan ijab qabul dan qabd, tercapailah hasrat untuk harta itu diwariskan kepada penerima Hibah.

Hibah harta boleh dilaksanakan tanpa memerlukan persetujuan waris lain. 

Tetapi dengan syarat rukun dan syarat Hibah itu sempurna, kerana itulah yang akan dinilai oleh hakim Mahkamah Syariah.

Maka faktor siapa yang diupah untuk menyediakan dokumen Hibah itu teramatlah penting. Pilihlah syarikat amanah yang berpengalaman dalam hibah seperti Wasiyyah Shoppe 😀

 

Nak rancang Pewarisan? PM saya Ansari, 019-749 8210 atau Whatsapp dengan KLIK SINI.

 

 

Ansari
Latest posts by Ansari (see all)
error: Sorry, content is protected!
Suka info yang anda baca?
.
Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Suka info yang anda baca?

.

Dapatkan artikel TERBARU terus ke email!

Satu lagi langkah diperlukan sebelum langganan disahkan. Sila klik CONFIRM langganan di email anda!

Share This